star

Friday 31 May 2013

Esk bersamaan 1 june 2013 ada lagi 1 family nak jadi tetamu di homestay Hattin Station ni...iaitu family pn/cik rozita klo x silap...x sabar rasanya nak sambut kedatangan mereka.....saya harap family pn/cik Rozita seronok semasa bercuti di penang dan selesa dgn kemudahan yg disediakan di homestay kami... :)

Monday 27 May 2013

alhamdulillah,,,homestay kami da ada org menginap,,,,,,tetamu yg pertama x sempat nak bergambar,,,pepepown penginap pertama homestay ni adalah dari Kuala Lumpur iaitu family Syakirin,,tq to family syakirin kerana memilih homestay kami untuk penginapan anda sekeluarga,,,,mereka menginap slama 2 hari iaitu dari 24/5/2013-26/5/2013....

pic yg kat atas ni ada lah tetamu kami yg ke-2 menginap di homestay kami pada 26/5/2013-28/5/2013,,,,,,,,terima kasih to family En. ni kerana memilih homestay kami sebagai tpt penginapan anda dan sekeluarga,,,,,family ni dtg dari melaka,,,jauh tu dtg penang,,,,,klo x salah diorg nginap sbb nak anta anak daftar kat matrikulasi dekat2 sini,,kan,,kan,,,tahniah dik!!!! sbb dapat sambung blaja,,,,blaja rajin-rajin ye,,,kepada family ni,,, kami sekeluarga berharap En.n sekeluarga berpuas hati dgn kemudahan yg diberikan,,,,datang lagi ye... :)

Kami menyediakan beberapa kelengkapan untuk keselesaan para pelanggan yg menginap di homestay kami ini antara kelengkapan yang disediakan ialah:-

1. Bilik tidur utama (20ft*10ft)

pic ni dari sudut sebelah kiri

gambar bawah ni lak dari sudut sebelah kanan

  master bedroom mempunyai 1 set katil queen size, penghawa dingin(aircond),almari baju, meja
solek, seterika(iron) dan papan seterika( iron board).

2. Bilik tidur secondary(10ft*10ft)


di bilik ini kami menyediakan 2 set katil bujang,kipas angin,almari baju,bantal
dan selimut extra disediakan,dan meja solek. 

3. Ruang tamu(20ft*20ft)



meja bar,,,,

bunga ni dibeli semasa saya pergi Lawatan Industri ke Cameron Highland bersama rakan sekelas saya dan digubah oleh adik saya inas,,,,cantik x??...klo x cantik cakap je cantik tau,,,t dia mengamuk baru hampa tau....hahaha


ops lupa lak nak elaborate pasal ruang tamu,,,,di ruangan tamu pula mempunyai set sofa,TV, DVD player,astro dan sound system(speaker) ,set meja makan dengan 4 kerusi,2 biji kipas ceiling dan mini bar dengan 2 kerusi.

4. Dapur(10ft*10ft)


di dapur homestay ini pula terdapat peti sejuk,rice cooker,heater,dapur gas serta
perkakasan dapur seperti pinggan,gelas,periuk dll.

5. Bilik air



kami ada menyediakan pemanas air ataupowm dikenali sbg water heater bak kata owg putih....so kpd sesiapa yg xtahan mandi sejuk sama ada di waktu mlm or pg boleh la maximumkan temperature dia,,,,tp klo xnak mandi guna air panas minimumkan or turn off kan dia punya temperature...tp rasanya sume owg tahu kut camne nak guna benda alah ni.,...kan kan....ops lupa lak nak bgtau,,,walaupown rasa xpenting tp nak bgtau jugak yg kat dalam bilik air ni pown ada singki....

6. Mempunyai anjung yang sangat cantik. 

 waktu malam

siang hari

di anjung ini anda boleh bersantai bersama kengkawan atau family anda untuk menghirup udara segar....tp klo ada keta or moto lalu,,cepat2 ampa lari masuk umah balik sbb udara masa moto or keta tu lalu sungguh x segar,,,hahaha(gurau ja)

haaaa lupa nak bgtau ag,,,,,,kat jalan raya yg ampa nampak kat pic ni sebenarnya jalan pasar malam tok elong,,,,pasar malam tu bukak setiap hari selasa malam rabu....



Blog ni saya buat sbb nak promote skit homestay family saya....latar belakang homestay hattin station,,,homestay ini baru saja mula beoperasi pada bln 5 tahun 2013,,,,ehm baru lagi kan.,,,lokasi homestay ni kat Bukit Mertajam,Pulau Pinang,,,so kepada sesiapa yg berminat nak jalan2 kat penang mai la menginap kat homestay kami ni....boleh hubungi di talian 019-4801760(Pn latifah)..tentang harga lak,,,klo ari biasa x termasuk sabtu dan ahad RM 120/malam...tp klo cuti umum,cuti sekolah RM 150/malam...harga ni untuk 8 org dewasa(18 tahun dan keatas) tidak termasuk kanak-kanak...kanak-kanak free...klo lebih kena tambah RM 10/seorg...RM 10 untuk charge pengambilan klo pelanggan kami tidak tahu jalan ke Homestay kami...klo nak jimat ley search jalan ke sini guna google map....tulis nama destinasi hattin station bukit mertajam...


lokasi             :              kg tok elong bukit mertajam
tel                  :              019-4801760  (latifah)
harga             :              150 (hari cuti/umum)
                                    120 (hari biasa)
keluasan        :               20 ft*40 ft